ABOUT US


Rinbest Frozen Food merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 16 November 2012 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 .  Secara amnya , nature of business syarikat ini adalah tertumpu kepada pengeluaran makanan sejuk beku, secara khususnya kuih-muih tradisional seperti karipap, cucur badak dan lain-lain. Rinbest Frozen Food menawarkan lebih daripada 30 jenis aneka produk kuih-muih tradisional sejuk beku di bawah jenama D’Kochet .
Merujuk kepada kajian dan laporan berkaitan industri makanan sejuk beku, rata-rata membuktikan bahawa potensi pasaran  kuih-muih tradisional sejuk beku adalah sangat lumayan. Sambutan yang menggalakkan ini disebabkan oleh faktor harga yang berpatutan, menjimatkan masa penyediaan, kesibukan bekerja dan kemudahan untuk mendapatkan produk di pasaran. Pasaran produk sejuk beku di Malaysia telah dilaporkan berkembang sebanyak 3.7% setahun, dengan nilaian peningkatan sekitar RM708.5 juta kepada RM846.4 billion sejak 2008 hingga 2013 (rujukan: Euromonitor 2013) dan dijangka terus mengekalkan pertumbuhan ini di masa hadapan.1
Dalam tempoh 5 tahun sejak perniagaan ini mula dijalankan, pendapatan syarikat Rinbest Frozen Food telah berjaya mencecah purata RM 500,000 setahun .  Saban hari perniagaan semakin berkembang maju dan mendapat permintaan yang amat tinggi terutamanya di sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Seiring kemajuan , kualiti produk D’Kochet juga telah diiktiraf oleh badan-badan agensi kerajaan berkaitan justeru diberi penghormatan dengan beberapa anugerah khas.
  Seiiring pertambahan jumlah permintaan produk yang positif , Rinbest Frozen Food telah mengambil langkah alternatif menambahkan mesin, peralatan  dan menggaji lebih ramai pekerja bagi meningkatkan kelajuan dan keupayaan penghasilan produk. Melihat kepada corak perniagaan yang memberangsangkan ini, syarikat kami yakin bahawa perusahaan kuih-muih tradisional sejuk beku ini amat berpotensi tinggi untuk meningkatkan lagi ekonomi negara di samping membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Pada ketika ini, Rinbest Frozen Food menjalankan operasi di sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam dengan kekuatan seramai 7 orang pekerja. Selain kilang, Rinbest Frozen Food juga mempunyai sebuah kedai yang bertindak sebagai ruang penjualan produk . Berikut merupakan misi dan visi syarikat ini :

MISI
·         Menjadi pengeluar produk makanan halal, suci lagi bersih untuk setiap lapisan masyarakat.

VISI
·         Menjadi syarikat pengeluar pelbagai makanan sejuk beku yang berdaya maju diperingkat nasional & antarabangsa

·         Untuk dikenali mengenai kualiti produk & kepelbagaian produk sejuk beku
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment